Sunday, July 26, 2009

DJKC Wedding Services!

Get your favourite Radio DJ, DJKC and Zan Sofiyan to host your wedding event!
CALL NOW and get *$50.00 discount
from the package price!
Package available from *S$550.00 including budget package to suit your budget!

XPDC UBIN 2009

Pukul 8malam semua peserta XPDC Ubin telah berkumpul di Changi Point Ferry Terminal.
Ada yang datang berlenggang ada pula yang datang dengan beg besar.

Para peserta telah dibahagikan pada 3 kumpulan untuk menaiki bumboat dari Changi ke Pulau Ubin!
Inilah kapitan yang memandu bumboat untuk kumpulan pertama XPDC Ubin 2009.

Setelah 20 minit menaiki bumboat barulah kru dan kumpulan pertama XPDC Ubin sampai di Jeti Ubin lebih kurang jam 9.30pm

Dari jeti Pulau Ubin ia menagambil masa dalam 5 minit untuk berjalan ke Base Camp. Peserta harus melalui bandar Ubin yang sunyi sepi!
Setelah kru XPDC mendirikan Base Camp, memasang khemah, meja makan dan setelah semua peserta XPDC Ubin sampai ke Base Camp meraka semua di jemput untuk nikmati jamuan ringan sebelum XPDC bermula jam 11malam

Setelah semua mengisi perut dengan jamuan ringan KC memberikan sedikit taklimat tentang keselamatan XPDC Ubin ini.

Semua pesertasudah bersiap sedia untuk mulakan XPDC Ubin 2009!


Ada kalanya peserta akan menaiki van untuk ke tempat yang ingin ditujui sekiranya tempat itu tidak boleh masuk dengan menggunakan van terpaksalah kena berjalan kaki. Kenalah bersenam sikit.

Jalannya semua gelap tak macam di Bandar Singapura ada lampu-lampu jalan yang tersedia. Kalau di Pulau Ubin jalan yang gelap macam inilah yang harus di lalui. Ada jalan yang ber-Tar... dan ada pula...

Kadang-kadang pun kena berjalan diatas jalan tanah macam dibawah nie.
Kena jalan di celah celah hutan... SERAM!


Setiap kali sampai di destinasi yang ingin ditujui ada sedikit peringatan keselamatan sebelum peserta melangkahkan kaki untuk jelajah kawasan itu.

Antara tempat-tempat angker yang di kunjungi.....

TANAH PERKUBURAN CINA YANG DAH USANG!!

Tanah perkuburan Cina yang tidak lagi digunakan. Kata oarang kawasan ini di waktu malam-malam tertentu akan terlihat mahluk berbaju merah.. entah benar atau tidak. Tempat ini berdekatan dengan Tanjung Batu Kekek - boleh naik van dan tidak perlu berjalan kaki sebab kuburnya terletak betul-betul ditepi jalan.





Tempat-tempat lain adalah...

BEKAS TAPAK SURAU YANG SUDAH DIROBOHKAN
DENGAN PERIGI YANG MASIH HIDUP!

Dahulu disini terletaknya sebuah surau yang cantik. Surau ini berada di penghujung Kampung Melayu yang juga telah pupus dan dirobohkan. Depan surau ini anda akan nikmati pemandangan laut yang cukup indah tapi sayang semua itu hanya tinggal kenangan.

Ia memakan masa 20 minit untuk berjalan masuk kedalam kawasan bekas tapak surau ini.

Dalam perigi ini masih ada air.

Selepas itu setelah lebih kurang 40 minit berjalan masuk kependalaman Kampung Melayu barulah peserta dapat melihat kawasan bersemadinya orang-orang melayu Pulau Ubin. Kubur ini terletak 15 minit dibelakang bekas tapak surau

TANAH PERKUBURAN MELAYU YANG DAH USANG!

Hanya tinggal beberapa kubur sahaja yang dapat dilihat kerana yang lain telah ditimbus dengan semak samun.


Dibawah Encik Kadir menerangkan kepada peserta XPDC tentang perkara-perkara misteri yang dilakukan orang khususnya di tanah perkuburan lama dan perkara-perkara yang salah disisi akidah yang tidak boleh dilakukan.
Antara tempat lain yang dikunjungi peserta XPDC Ubin adalah...

RUMAH USANG PULAU UBIN!

Kata pemandu yang memandu van kumpulan yang pertama rumah ini dah bertahun kosong mungkin lebih kurang 2-3 tahun.

"Saya rasa sayang betul rumah ini tak terjaga. Kalau jaga betul-betul boleh buat tempat bercuti kalau nak releks dari bandar Singapura yang sibuk" kata Mr Yeo.

Inilah rumah kosong yang dimaksudkan. Petikkan gambar dari jauh.

Rasa seram sejuk bila nak masuk rumah usang ini.

Bekas tuan rumah ini hanya ambil apa yang perlu sebelum berpindah ke Singapura.

Ini adalah tandas rumah ini

Di bawah ini adalah "Shrine" tempat orang cina sembahyang yang didirikan di Bukit Puaka.
Dikatakan kawasan Bukit Puaka ini penuh dengan kisah misteri. Memang patut pun lihat saja nama tempat ini Bukit Puaka!!!

Peserta tidak dibenarkan masuk kedalam "Shrine" ini. Remang bulu roma!

Dibawah ini adalah jalan menuju ke Bukit Puaka betul-betu terletak disebelah "Shrine" diatas
Malangnya peserta XPDC tidak dapat memanjat bukit ini atas sebab-sebab misteri yang tidak boleh dijelaskan.

Ada juga tempat-tempat yang di kunjungi dimana tak sempat untuk dipetik gambar.
"Jembatan kecil tempat cik pon", "quary seram batu kekek" dan banyak lagi...

Setelah lebih kurang 4 jam melakukan XPDC Ubin dengan kaki yang lenguh badan yang berpeluh akhirnya kita sampai di "Base camp" untuk berehat dan bercerita sambil BBQ.

Sambil mendengar cerita ada yang sibuk BBQ untuk nikmati jamuan malam.

Di bawah antara kru yang membantu untuk XPDC Ubin 2009!

Terima kasih kepada semua peserta dan kru yang turut menjayakan XPDC Ubin 2009!!!

Sunday, July 12, 2009

DJKC Entertainment

DJKC Entertainment for
wedding event.
[Your one stop Wedding DJ entertainer]




Services:
Emcee / Host / Deejay
Rental of Audio System
Balloon Sculpture
Audio Commercial
Voice Over









Make Your Booking NOW!!!!
Details below.